Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Bahagian Sibu

Musa’adah Covid-19 di Bahagian Sibu

SIBU – Program YADIM Peduli: Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan di bahagian ini dengan sebanyak 19 keluarga menerima sumbangan.

Secara pecahan, program pada 7 Mei ini menyaksikan dua keluarga menerima sumbangan di Sibujaya manakala selebihnya (17) keluarga di Tanjung Latap di sini.

Majoriti penerima ialah golongan asnaf yang terkesan dengan musibah Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bantuan telah disampaikan kepada asnaf asnaf ini oleh Daie YADIM Sibu, Abdul Rahman Abdullah.

Program Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak selepas ini akan diadakan pula di Sri Aman.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *