Kuliah, solat Dhuha dibenarkan minggu ini

PUTRAJAYA – Aktiviti keagamaan seperti kuliah dan solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardu ain kini dibenarkan di masjid dan surau bermula minggu ini. Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti keagamaan berkenaan dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi. “Kerajaan bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk […]

Kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah pada 1 Julai telah berkunjung ke ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Dalam pertemuan santai selama hampir sejam dengan pengurusan YADIM itu, beliau berkongsi pandangan dan rancangan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu. Turut dibincangkan dalam pertemuan ini termasuklah pembaharuan yang […]

Semua surau, masjid di Selangor dibenarkan solat Jumaat, fardu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan semua masjid dan surau yang diberi kebenaran menganjurkan solat Jumaat mendirikan solat itu berkuat kuasa 3 Julai ini. Semua masjid dan surau juga dibenarkan dibuka semula untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, […]

Latih remaja mengimarahkan masjid

PUTRAJAYA – Bagi mengisi masa terluang sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Masjid Mahmoodiah Putrajaya mengambil inisiatif mengadakan program Jom Solat Subuh Berjemaah kepada remaja berusia 13 hingga 17 tahun selama seminggu bermula 29 Jun. Ia program serampang dua mata pengurusan masjid mengajak remaja sekitar Presint 18 bersolat jemaah dan mengadakan aktiviti berfaedah bermula […]