Home » Citra Yadim » Kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan

Kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah pada 1 Julai telah berkunjung ke ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.

Dalam pertemuan santai selama hampir sejam dengan pengurusan YADIM itu, beliau berkongsi pandangan dan rancangan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Turut dibincangkan dalam pertemuan ini termasuklah pembaharuan yang dilaksanakan beliau di pejabatnya.

Selain Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Pengarah Kanan di Pejabat Dipertua,Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh hadir sama ke pertemuan ini.

Ini merupakan kunjungan kali pertama beliau ke pejabat YADIM. Bekas pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, itu dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan kelapan berkuatkuasa 15 Mei 2020 menggantikan Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *