Home » Langit Terbuka » Kuliah, solat Dhuha dibenarkan minggu ini

Kuliah, solat Dhuha dibenarkan minggu ini

Kebenaran mengadakan aktiviti di masjid ini masih tertakluk kepada prosedur operasi standard yang sudah ditetapkan serta mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau. - Foto TUDM

PUTRAJAYA – Aktiviti keagamaan seperti kuliah dan solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardu ain kini dibenarkan di masjid dan surau bermula minggu ini.

Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti keagamaan berkenaan dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi.

“Kerajaan bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan solat Dhuha diadakan di masjid dan surau.

“Begitu juga kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan di surau dan masjid dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi.

“Kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan serta mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, pada 1 Julai.

Katanya, masjid dan surau juga diberikan kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *