Kerajaan pastikan vaksin Covid-19 selamat, halal

SHAH ALAM – Malaysia akan memastikan vaksin koronavirus (Covid-19) yang akan diterima daripada mana-mana negara pengeluar adalah selamat dan halal untuk digunakan oleh rakyat di negara ini. Penasihat Khas Kesihatan Awam Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, kedua-dua perkara itu menjadi asas terpenting yang akan dinilai sebelum menerima vaksin daripada negara pengeluar […]

Akad nikah hanya dibenarkan di pejabat agama

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa prosedur pelaksanaan upacara akad nikah di daerah Klang, Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). JAIS menerusi kenyataannya menyatakan, pelaksanaan akad nikah (yang telah mendapat kebenaran untuk bernikah) bagi pasangan di daerah Klang hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang. “Majlis akad […]

YADIM Sarawak serah sumbangan kepada surau terbakar

KUCHING – Yayasana Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak yang diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Zamri Bali dan Subri Rafaee pada 10 Oktober telah menyampaikan sumbangan kepada Surau Darul Fadzlillah, Kampung Gita Laut di sini yang mengalami musibah kebakaran semalam. Menerima sumbangan bernilai RM500 itu bagi pihak surau ialah pengerusinya, Mahari Leng. Antara peralatan surau yang musnah […]

Cuci Cuci, Ziarah asnaf YADIM Kedah di Baling

KAMPUNG SELARONG – Seramai 20 orang Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 10 oktober telah mengadakan program Cuci Cuci di Masjid Al Halimi di sini. Seawal pagi, bersama kakitangan YADIM dan penduduk kampung ini, kawasan luar dan dalam masjid telah dibersihkan secara bergotong rotong. Program ini mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Baling, […]

INHART UIAM terima anugerah penyelidikan halal

KUALA LUMPUR – Institut Antarabangsa Penyelidikan dan Latihan Halal (INHART) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima Anugerah Kecemerlangan Pembangunan dan Penyelidikan Halal 2020. Anugerah itu diadakan dalam majlis World Halal Night & Halal Excellence Award 2020 yang berlangsung di Ibu Negara baru-baru ini. Majlis anugerah tersebut dianjurkan oleh Halal Development Corporation (HDC) bagi mengiktiraf penggiat-penggiat […]

Masjid Sikamat dibuka semula hari ini

SEREMBAN – Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat dekat sini hanya ditutup sementara malam semalam bagi solat Maghrib dan Isyak namun telah beroperasi semula seperti biasa sejak solat Subuh tadi. Pemangku Pengerusi masjid tersebut, Najib Nubhan Khairuddin berkata, penutupan sementara semalam itu adalah kerana pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan proses sanitasi di masjid […]

Lebih 500 petugas selia jemaah umrah

RIYADH – Lebih daripada 500 petugas dilatih untuk mengawal selia jemaah umrah, selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah itu yang sebelum ini disekat ekoran wabak COVID-19. Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais berkata, pihaknya mengambil seramai 531 orang petugas yang akan bekerja dalam tiga syif untuk menerima kehadiran […]