Home » Langit Terbuka » Akad nikah hanya dibenarkan di pejabat agama

Akad nikah hanya dibenarkan di pejabat agama

Majlis akad nikah di Klang, dalam tempoh PKPB hanya dibenarkan dengan kehadiran beberapa pihak sahaja termasuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan. - Foto JAIS

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa prosedur pelaksanaan upacara akad nikah di daerah Klang, Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

JAIS menerusi kenyataannya menyatakan, pelaksanaan akad nikah (yang telah mendapat kebenaran untuk bernikah) bagi pasangan di daerah Klang hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

“Majlis akad nikah hanya dibenarkan dengan kehadiran beberapa pihak sahaja termasuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

“Selain itu, dibenarkan dengan seorang wali sahaja, manakala jurugambar tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan PKPB sejak kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan sebanyak 36 kawasan antaranya Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis dan Taman Sri Andalas. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *