Home » Langit Terbuka » Lebih 500 petugas selia jemaah umrah

Lebih 500 petugas selia jemaah umrah

Para jemaah yang menunaikan umrah akan dikawal selia bermula dari mereka menjejakkan kaki ke Masjidil Haram sehingga sempurna mengerjakan ibadah. - MEM

RIYADH – Lebih daripada 500 petugas dilatih untuk mengawal selia jemaah umrah, selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah itu yang sebelum ini disekat ekoran wabak COVID-19.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais berkata, pihaknya mengambil seramai 531 orang petugas yang akan bekerja dalam tiga syif untuk menerima kehadiran 6,000 jemaah setiap hari.

Katanya, para jemaah akan dikawal selia bermula dari mereka menjejakkan kaki ke Masjidil Haram sehingga sempurna mengerjakan ibadah.

Para petugas juga diberi tanggungjawab memastikan setiap jemaah mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi, katanya lagi.

“Pihak Hal Ehwal Dua Masjid Suci juga akan mengenakan langkah kesihatan dan keselamatan yang tegas dalam memastikan jemaah dilindungi, dalam masa sama mengawal penularan wabak,” kata Sheikh Abdul Rahman, semalam.

Arab Saudi mula membenarkan pelaksanaan ibadah umrah untuk umat Islam bermula 4 Oktober lalu, setelah menggantungnya pada bulan Mac tahun ini.

Pada peringkat pertama, kira-kira 6,000 warganegara dan penduduk di dalam negara itu dibenarkan untuk melakukan ibadah umrah setiap hari.

Umat Islam dari luar Arab Saudi akan dibenarkan mengerjakan ibadah umrah bermula 1 November depan apabila bilangan jemaah akan ditingkatkan kepada 20,000 orang pada setiap hari.

Ibadah tersebut akan dibenarkan untuk menerima jemaah dalam jumlah yang lebih besar selepas pandemik COVID-19 berakhir. – Agensi

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *