Program Tendangan Penalti Remaja KRT Indera Sempurna

KUANTAN – Sebagai usaha untuk mengajak remaja mendekati masjid, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dan Masjid Az Zahra di sini menganjurkan Program Tendangan Penalti Remaja KRT Indera Sempurna pada 26 November. Sebanyak 9 pasukan dari sekitar bandaraya ini menyertai pertandingan ini. Hadir ke pertandingan ini ialah Koordinator Sukarelawan YADIM Parlimen Pekan, Ustaz Sayuti Osman, […]

Musaadah Covid-19 YADIM di PPR Sentul Utama

SENTUL – Kelab Warga Emas 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini pada 26 November disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Mereka menerima sumbangan 50 set barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin. Kelab berkenaan di wakili oleh Pengerusinya, Hajah Maimun Md Noor. […]

YADIM Kelantan lawat  keluarga ditimpa musibah

KOTA BHARU – Satu kejadian kemalangan yang berlaku kira kira dua bulan lepas mengakibatkan sebuah keluarga di Bechah Keranji di sini hilang punca pendapatan mereka. Lebih malang, empat beradik menjadi anak yatim apabila bapa mereka, Rostam Mamat maut dalam satu kemalangan ketika perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada 4 Oktober. Kehilangan ketua keluarga yang juga […]

Musa’adah YADIM Negeri Melaka di Rembia

ALOR GAJAH – Program Musa’adah YADIM Negeri Melaka diteruskan untuk hari kedua pada 26 November. Sebanyak 10 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Program hari ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi Hijrah Insan Society, Syahbudin Senin, Pengerusi Angkatan Wanita Istiqamah, Rosela Alwi dan […]

100 set sumbangan untuk asnaf Beaufort

BEAUFORT – Sebanyak 100 set sumbangan diserahkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah untuk asnaf di daerah ini. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki menyampaikan sumbangan tersebut kepada 10 orang Pengerusi Masjid untuk diserahkan kepada 100 orang asnaf terpilih di kariah masjid masing masing. Sumbangan bakul makanan pada 26 November di  Pusat Kawalan Operasi Bencana […]

Masjid, surau di Sabah dibuka bagi aktiviti solat jemaah

KOTA KINABALU – Aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di semua zon di Sabah dibenarkan bermula 25 November hingga 6 Disember Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bagi zon jingga dan merah, solat lima waktu terhad kepada 30 jemaah manakala solat Jumaat hanya 40 jemaah. Bagi zon […]