Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan lawat  keluarga ditimpa musibah

YADIM Kelantan lawat  keluarga ditimpa musibah

KOTA BHARU – Satu kejadian kemalangan yang berlaku kira kira dua bulan lepas mengakibatkan sebuah keluarga di Bechah Keranji di sini hilang punca pendapatan mereka.

Lebih malang, empat beradik menjadi anak yatim apabila bapa mereka, Rostam Mamat maut dalam satu kemalangan ketika perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada 4 Oktober.

Kehilangan ketua keluarga yang juga satu satunya tempat bergantung harap sebagai pencari rezeki menyebabkan mereka benar benar dalam kesempitan.

Isteri Allahyarham, Noriah Ismail kini mengambil tanggungjawab mencari rezeki dengan membuat kuih untuk menyara empat orang anaknya yang anaknya berumur 11 tahun, 9, 7 dan 5 tahun.

Ia bagaimanapun tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka lima beranak.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 26 November mengunjungi keluarga ini bagi menghulurkan sedikit bantuan.

Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kusuma Mamat menyantuni mereka dengan menyampaikan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini.

YADIM menyeru mereka yang berkemampuan untuk tampil sama membantu keluarga ini.

Kepada mereka yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Noriah Ismail di talian 0179529511. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank BSN (0301441100032002).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *