Home » Citra Yadim » 100 set sumbangan untuk asnaf Beaufort

100 set sumbangan untuk asnaf Beaufort

BEAUFORT – Sebanyak 100 set sumbangan diserahkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah untuk asnaf di daerah ini.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki menyampaikan sumbangan tersebut kepada 10 orang Pengerusi Masjid untuk diserahkan kepada 100 orang asnaf terpilih di kariah masjid masing masing.

Sumbangan bakul makanan pada 26 November di  Pusat Kawalan Operasi Bencana Beaufort ini, dijayakan bersama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Yayasan Amal.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Beaufort, Leftenan Muda Shaharuddin Iman hadir sama ke majlis ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *