Pelancaran Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

PUTRAJAYA – Cakna dengan musibah banjir yang mula melanda beberapa kawasan seluruh tanah air, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah membuka bilik gerakan banjir di ibu pejabatnya di sini. Inisiatif di bawah Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita ini, adalah bagi menyelaras usaha membantu mangsa yang terlibat dengan bencana terbabit. Selain ibu pejabat, bilik gerakan juga […]

Ziarah Prihatin Pondok Bukit Jagung

PENDANG – Program YADIM Peduli – Ziarah Prihatin telah diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Pendang di Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ), Pondok Bukit Jagung, di sini pada 8 Disember. Sebanyak 20 pelajar dan 10 warga emas yang terdiri daripada keluarga asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. […]

BIAR GAMBAR BERBICARA…. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Akibat air sungai yang melimpah kerana hujan lebat, jalan ke Kampung Lingga, Kiulu Tiuaran tidak dapat dilalui, walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Bagaimanapun ia tidak menghalang semangat kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang nekad menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung yang memerlukan. […]

YADIM Bersamamu di PUSPEN Bachok

BACHOK – Gerakan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini, tanpa mengira latar belakang mereka. Terkini sebagai usaha menyantuni golongan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LBGT), badan dakwah ini mengadakan program YADIM Bersamamu bersama komuniti berkenaan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok di sini pada 8 Disember. Menerusi […]