Home » Citra Yadim » Pelancaran Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

Pelancaran Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

PUTRAJAYA – Cakna dengan musibah banjir yang mula melanda beberapa kawasan seluruh tanah air, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah membuka bilik gerakan banjir di ibu pejabatnya di sini.

Inisiatif di bawah Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita ini, adalah bagi menyelaras usaha membantu mangsa yang terlibat dengan bencana terbabit. Selain ibu pejabat, bilik gerakan juga telah dibuka di pejabat pejabat YADIM seluruh negara.

Pelancaran bilik gerakan di sini, dijadualkan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 10 Disember ini.

Program seawal jam 8 lagi itu akan  bermula dengan penyampaian sumbangan kepada 40 rakan penghantar makanan sebelum Dr Zulkifli di bawa naik ke pejabat YADIM bagi mendengar taklimat berkenaan operasi banjir.

Selesai taklimat, beliau akan dibawa pula meninjau bilik gerakan banjir sebelum merasmikannya. Dr Zulkifli kemudiannya akan menyampaikan sumbangan kepada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan yang dikenal pasti.

YADIM telah terlibat dengan operasi membantu mangsa banjir di beberapa kawasan di negara ini. Antaranya termasuklah di Hulu Langat dan Kuala Langat, Selangor, Mambau, Negeri Sembilan, Raub Pahang, Air Putih dan Kuala Terengganu, Terengganu dan di Malau, Kedah.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *