Basikal baru untuk Asraff

PASIR PUTEH – Kanak kanak berusia sembilan tahun yang kisahnya viral menyelongkar tong sampah di sini telah mendapat perhatian segera Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 27 Januari, YADIM Kelantan telah tampil menghulurkan sebuah basikal untuk kegunaannya serta barangan keperluan harian untuk keluarganya. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang. Hadir sama ialah […]

Frontliners terima sumbangan YADIM Kedah

ALOR SETAR – Para petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Hospital Sultan Abdul Halim dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda pada 27 Disember telah menerima sumbangan YADIM Kedah yang bertujuan menghargai jerih payah mereka. Sumbangan yang dihulurkan berbentuk barangan makanan.Hadir bersama Ahli Lembaga  Yayasan Islam Negeri Kedah Ustaz Shahril Long. Pada hari yang sama […]

100 pek KFC untuk PKRC Jubli Perak

KOTA BHARU – Kejayaan menganjurkan Program Tautan Kasih di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Putik pada 23 Januari lalu menyebabkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diberi kepercayaan ramai untuk mengadakan siri kedua program itu. Ramai badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan yang telah menyumbang untuk menjayakan program tersebut. Justeru pada 27 Januari, […]

Nelayan pesisir pantai disantuni YADIM Sabah

KUALA PENYU – Usaha menyantuni mereka yang terjejas dengan Covid-19 konsisten dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Selepas di Kota Belud, program yang sama diadakan di Kampung Lambidan di sini pada 27 Januari. Seramai 30 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki. Pada hari yang sama, YADIM […]