Home » Citra Yadim » Basikal baru untuk Asraff

Basikal baru untuk Asraff

PASIR PUTEH – Kanak kanak berusia sembilan tahun yang kisahnya viral menyelongkar tong sampah di sini telah mendapat perhatian segera Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.

Pada 27 Januari, YADIM Kelantan telah tampil menghulurkan sebuah basikal untuk kegunaannya serta barangan keperluan harian untuk keluarganya.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang.

Hadir sama ialah Ketua Jajahan Pasir Puteh, Tuan Haji Ab. Pattah Hasbullah dan Pengerusi Sukarelawan YADIM Kelantan, Tuan Hazli Tuan Mat.

Ashraff difahamkan memendam hasrat memiliki basikal seperti rakan rakannya yang lain.

Kisahnya yang memungut bahan terbuang di tong sampah viral di media sosial baru baru ini.

Warga media sosial melahirkan simpati terhadapnya dan berharap anak bongsu lima beradik ini segera dibantu.

Ibunya, Ropeeah Yunuh hanya bekerja sebagai pembantu di gerai menjual goreng pisang untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Sementara itu, pada hari yang sama juga, YADIM Kelantan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas di sini yang mengidap penyakit saraf otak, Zulkifli Hussain.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *