Sukarelawan YADIM Terengganu bantu usaha nyahkuman

SETIU – “Di mana sahaja ada ruang dakwah, di situ ada Sukarelawan YADIM,” itu ungkapan Ketua Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Alor Damat, Saiful Imran Mamat yang mengetuai tiga anggota pasukan itu dalam program nyahkuman di sini pada 3 Februari. Sukarelawan YADIM menurut Saiful Imran terlibat sebagai salah satu usaha membantu petugas barisan hadapan […]

Melaka sedia program khidmat nasihat syariah percuma untuk pasangan Islam

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka menyediakan Program Khidmat Nasihat dan Rundingan Syariah percuma kepada orang ramai khususnya pasangan Islam di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sehingga 31 Dis ini. Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Sulaiman Md Ali berkata, program dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Melaka itu bertujuan […]

Musaádah peniaga kecil YADIM Kedah

GUAR CHEMPEDAK – Seramai 70 peniaga kecil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak dan DUN Gurun di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menerusi program YADIM Peduli: Musaadah Peniaga dan Penjaja Kecil. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria mewakili badan dakwah ini dalam acara ringkas penyampaian. Hadir sama ialah Ahli […]

Menteri Agama keluar kenyataan beberapa hari lagi

PUTRAJAYA  – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memperincikan perihal ibadat haji. Beliau dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam beberapa hari sahaja lagi, selepas mengadakan perbincangan tersebut. Zulkifli berkata, beliau berhasrat untuk ke Arab Saudi bagi melihat sendiri tahap […]

5 keluarga terima sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG- Pada 2 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kuala Langat telah menyantuni lima keluarga di sekitar kawasan ini. Diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di Sijangkang dan satu keluarga di Kebun Bharu. Mereka yang disantuni terdiri golongan asnaf, warga emas dan pesakit kronik. Kesemuanya menerima sumbangan barangan dapur dan […]

Musaadah 2.0 YADIM Johor

SIMPANG RENGGAM – Selepas Putrajaya, Musaádah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dilaksanakan di negeri ini pula. Pada 3 Februari, YADIM Johor menyampaikan bantuan untuk Penjara Simpang Renggam di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 14 Februari ini. Barangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan masyarakat yang mahu membantu orang ramai yang terkesan […]