Home » Langit Terbuka » Melaka sedia program khidmat nasihat syariah percuma untuk pasangan Islam

Melaka sedia program khidmat nasihat syariah percuma untuk pasangan Islam

Khidmat nasihat dan rundingan syariah yang ditawarkan oleh kerajaan Melaka ini termasuk permohonan perceraian secara baik, fasakh, taklik dan tebus taklik, tuntutan nafkah idah, mutaah, nafkah dan tunggakan nafkah isteri, hak jagaan dan nafkah anak serta harta sepencarian. - Foto Kashoorga.com

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka menyediakan Program Khidmat Nasihat dan Rundingan Syariah percuma kepada orang ramai khususnya pasangan Islam di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sehingga 31 Dis ini.

Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Sulaiman Md Ali berkata, program dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Melaka itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat Melaka beragama Islam mendapatkan pandangan profesional berkaitan isu kekeluargaan mengikut hukum syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka.

“Program ini dilaksanakan kerana mengambil kira pelanjutan pelaksanaan PKP 2.0 sehingga 18 Feb ini susulan penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan menyebabkan berlaku konflik rumah tangga dalam kalangan pasangan Islam di negeri ini.

“Sebanyak 33 Ahli Peguam Syarie Melaka yang berdaftar di bawah PGSM Melaka terlibat dalam program ini. Pasangan Islam boleh mendapatkan khidmat nasihat atau rundingan yang disediakan melalui aplikasi WhatsApp, panggilan telefon atau bersemuka melalui janji temu,” menurutnya dalam kenyataan di sini pada 3 Februari.

Khidmat nasihat dan rundingan syariah yang ditawarkan termasuk permohonan perceraian secara baik, fasakh, taklik dan tebus taklik, tuntutan nafkah idah, mutaah, nafkah dan tunggakan nafkah isteri, hak jagaan dan nafkah anak serta harta sepencarian.

Selain itu, khidmat nasihat berkaitan hibah dan faraid, iktiraf nikah dan nikah poligami serta hal-hal lain berkaitan hubungan suami isteri dalam perkahwinan.

Sulaiman berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti PGSM Melaka dan mengucapkan terima kasih atas inisiatif yang disediakan secara percuma kepada orang ramai yang memerlukan.

“Dengan adanya kerjasama dengan PGSM Melaka melalui Pengerusinya Mohd Adli Ithnin diharapkan dapat membantu kerajaan negeri menangani masalah institusi kekeluargaan Islam di negeri ini secara lebih berkesan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pasangan Islam di negeri itu boleh menghubungi PGSM Melaka di talian 016-6700 226. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *