YADIM Peduli Parlimen Bagan.

BAGAN – Sikit tanda ingat, banyak tanda ada. Mungkin tidak akan menyelesaikan semua masalah, namun sedikit sebanyak diharap mampu meringankan beban. Pemberian sumbangan kami tidaklah banyak jumlahnya, namun InsyaAllah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan konsisten menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 6 Februari, sebaik selesai menyantuni Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik di kawasan Padang […]

YADIM sampaikan sumbangan kepada peneroka mangsa kebakaran di Jengka 8

JERANTUT – Sudah jatuh ditimpa tangga, sudah kering terjemur pula. Demikian nasib seorang peneroka, Shaari Ahmad dari Felda Jengka 8 di sini. Warga emas ini merupakan mangsa banjir yang melanda Pahang baru baru ini, dan kini kediamannya hangus terbakar musnah sama sekali. Dia dan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang ekoran kejadian itu. Mujur dalam kejadian […]

YADIM Peduli OKU di Pulau Pinang

PADANG KOTA – Berbanding golongan normal, Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Mereka yang umpamanya bekerja sebagai tukang urut, kini terputus punca pendapatan. Prihatin dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 6 Februari melaksanakan program YADIM Peduli OKU di sekitar kawasan ini. Seramai 50 OKU dan […]

Konvoi Kebajikan YADIM – RTM ke kudat dan Pulau Banggi

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan RTM Sabah terus menjalin kerjasama erat dalam pelbagai bidang termasuk kebajikan. Terbaharu, keduanya bakal melaksanakan program Konvoi Kebajikan YADIM – RTM ke Kudat dan Pulau Banggi pada 8 dan 9 Februari ini. Sebanyak 100 bakul makanan disediakan untuk masyarakat Dusun Bonggi yang merupakan penduduk asal […]