Pondok Tuan Guru Haji Abdul Majid terima sumbangan YADIM Kedah

GUAR CHEMPEDAK – Pondok Tuan Guru Haji Abdul Majid di sini merupakan sebuah institusi pengajian pondok yang cukup dihormati. Sebagai antara pondok yang telah lama di kawasan ini, ia telah melahirkan ramai pelajar aliran agama di negeri ini. Pada 20 April, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni kira kira 20 guru, kakitangan dan […]

Program Sumbangan SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Seorang mangsa kejadian ribut yang melanda kampung ini baru baru ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Sumbangan pada 18 April itu disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Pada hari yang sama juga, pasukan ini menyampaikan sumbangan kepada […]

PKPD: 400 bakul makanan untuk warga Kampung Meruntum

PUTATAN – Nasib mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini sentiasa diberi perhatian oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Pada 20 April bersama Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, YADIM Sabah telah menyerahkan 400 bakul makanan untuk keperluan keluarga dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung […]

Ayam Golek Untuk Asnaf Setiu

SETIU – Bekerjasama menyantuni golongan yang memerlukan di bulan Ramadan sememangnya memberi  manfaat untuk rakyat. Pada 19 April, seramai 20 keluarga di daerah ini menerima manfaat hasil muafakat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam program Musa’adah Juadah Ramadan. Mereka menerima sumbangan ayam golek untuk juadah berbuka puasa. Turun padang […]

SAY Jeli santuni asnaf

JELI – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 19 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Jeli. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Berangan dan Air Lanas di sini. Sebanyak empat keluarga telah disantuni. Mereka terdiri daripada pesakit kronik dan golongan miskin tegar. Bantuan barangan keperluan […]

Majlis berbuka puasa YADIM bersama Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina

SENAWANG – Dalam satu majlis ringkas, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan telah menyantuni penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina di sini pada 19 April. Seramai 10 anak di pusat jagaan itu menerima sedikit sumbangan wang tunai daripada badan dakwah ini. Hadir ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan […]

Program kerjasama YADIM Pulau Pinang – Pusat Islam Perda Tech

NIBONG TEBAL – Bertempat di Pusat Islam Perda Tech di sini telah dianjurkan program YADIM Interaktif yang disampaikan oleh penceramah bebas dari Kuala Lumpur, Ustaz Syed Putra Haizam Syed Haizam pada 19 April. Pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) dengan kerjasama Kolej Perda Tech ini berkonsep penggalian ilmu Ramadan serta bertujuan melahirkan belia yang […]