Home » Citra Yadim » Ayam Golek Untuk Asnaf Setiu

Ayam Golek Untuk Asnaf Setiu

SETIU – Bekerjasama menyantuni golongan yang memerlukan di bulan Ramadan sememangnya memberi  manfaat untuk rakyat.

Pada 19 April, seramai 20 keluarga di daerah ini menerima manfaat hasil muafakat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam program Musa’adah Juadah Ramadan.

Mereka menerima sumbangan ayam golek untuk juadah berbuka puasa.

Turun padang ke program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin serta pegawai YIT Setiu, Ahmad Solahudin Al-Ayubi.

Program yang bertujuan memberi keceriaan kepada asnaf ini adalah sebahagian daripada pengisian program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) di Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *