JKSM lancar dua buku pesalah Syariah

KUANTAN – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri pada 28 Oktober melancarkan dua buku bagi pesalah syariah.   Dua buku tersebut ialah Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah dan Garis Panduan […]

Kerajaan tidak lepas tangan bantu institusi pendidikan Islam

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerima sejumlah 1,600 permohonan Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 daripada institusi pendidikan Islam, sehingga 26 Oktober tahun ini. Menterinya, Idris Ahmad berkata, permohonan itu membabitkan 1,276 premis berdaftar termasuk 141 pondok, 803 tahfiz, 205 sekolah agama rakyat dan 127 sekolah agama swasta. Menurutnya, ia juga membabitkan […]

Pengantin Orang Asli disantuni YADIM Melaka

ALOR GAJAH – Bergelar raja sehari sudah pasti mahu diabadikan sebagai kenangan terindah selamanya. Bagi pasangan Mohamad Shahrill Ashraff Basrie dan Nila Jempot dari Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini,  busana pakaian hari bersejarah ini bernilai RM500 ditaja oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka. Bukan itu sahaja, YADIM juga telah berbesar hati untuk […]

Tahsin Ibadah IPD Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Siri Tahsin Ibadah (Klinik Solat) sempena Bulan Dakwah 2.0 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini Dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia, program berkenaan diadakan di Surau As-Shakinah, IPDKuala Muda pada 28 Oktober. Seramai 50 peserta dari IPD […]