Home » Langit Terbuka » JKSM lancar dua buku pesalah Syariah

JKSM lancar dua buku pesalah Syariah

Usaha untuk menyediakan kedua-dua buku nerkenaan bermula sejak pertengahan tahun 2019 melibatkan JKSM sebagai urusetia, pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. - Foto JKSM

KUANTAN – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri pada 28 Oktober melancarkan dua buku bagi pesalah syariah.

 

Dua buku tersebut ialah Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah dan Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah.

 

Majlis perasmian buku tersebut disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad.

 

Beliau merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kerjasama yang diberikan kepada JKSM dalam menyediakan kedua-dua buku ini.

 

Usaha-usaha untuk menyediakan kedua-dua buku ini bermula sejak pertengahan tahun 2019 melibatkan JKSM sebagai urusetia, pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia dan juga KKM.

 

Buku SOP Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah ini mengandungi 6 Perkara dan 3 Jadual merangkumi panduan kerja untuk semua agensi yang berkaitan.

 

Antaranya Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara dan KKM bagi melaksanakan hukuman sebatan di luar penjara bagi pesalah-pesalah jenayah Syariah.

 

Manakala Buku Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) pula mengandungi sembilan perkara dan tiga jadual bertujuan menerangkan proses pengendalian PKW bermula daripada prosiding menjatuhkan hukuman oleh hakim, pra PKW dan peringkat pasca PKW. – AlHijrah Online

 

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *