YADIM Perlis rai 170 penghuni Rumah Kanak Kanak Arau

ARAU – YADIM Perlis turut tidak ketinggalan meraikan anak anak yatim di negeri ini pada Ramadan ini. Bertempat di Rumah Kanak -Kanak Arau di sini, seramai 170 penghuninya disantuni dalam majlis Iftar Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 14 April. Bukan sekadar berbuka puasa, turut diadakan ialah Ceramah Ihya Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz […]

Kuliah Dhuha dan penyampaian sumbangan warga SK Demit

KOTA BHARU – YADIM Kelantan meneruskan program menyantuni rakyat menerusi pelbagai pendekatan pada Ramadan ini. Selain mengadakan pengisian ilmu kepada hadirin menerusi Kuliah Dhuha Ramadan di Masjid Al Husna, Baung Ayam di sini, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada 60 keluarga pelajar B40 Sekolah Kebangsaan (SK) Demit. Dalam program ini, ibu bapa menerima barangan keperluan […]

Umat Islam wajib elak kemungkaran, fahami ayat al-Quran

Shah Alam – Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada hari ini menjelaskan faktor yang menyebabkan masih terdapat individu tanpa rasa malu melakukan pelbagai kemungkaran seperti bersifat munafik, rasuah dan pecah amanah. Berdasarkan teks khutbah bertajuk Al-Quran: Mukjizat Kurniaan Ilahi, situasi tersebut berlaku apabila ayat al-Quran dibaca tanpa fahaman dan penghayatan maka roh al-Quran […]

Barakah Sahur Bersama YADIM

PENGAWAL keselamatan juga merupakan kelompok barisan hadapan yang bukan kecil peranan mereka. Justeru sebagai menghargai dan menyantuni mereka, sebanyak 112 pek makanan diedarkan kepada pengawal keselamatan di tiga lokasi di sekitar Kota Bahru oleh YADIM Kelantan menerusi program Barakah Sahur Bersama YADIM pada 15 April. Program dimulakan dengan penyampaian sebanyak sembilan pek kepada pengawal keselamatan […]

Tadarus Al Quran SAY Kuala Selangor

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Selangor bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Muslimat Masjid Taufikiah Kampung Parit 4 di daerah tersebut mengadakan Tadarus Al Quran selama empat hari bermula 11 hingga 14 April. Majlis Khatam Al Quran pada 14 April turut dihadiri Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin. Para peserta menerima sedikit cenderahati daripada SAY Kuala Selangor […]

Iftar saudara kita bersama MACMA Kelantan

KOTA BHARU – Bertempat di pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan di sini, telah diadakan program Iftar Bersama Saudara Kita pada 14 April. Program bersama YADIM Kelantan ini dihadiri seramai 65 orang saudara kita daripada kalangan ahli ahli MACMA di negeri ini. Ia dimulakan dengan tazkirah daripada Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, sebelum […]