Home » Citra Yadim » YADIM Perlis rai 170 penghuni Rumah Kanak Kanak Arau

YADIM Perlis rai 170 penghuni Rumah Kanak Kanak Arau

ARAU – YADIM Perlis turut tidak ketinggalan meraikan anak anak yatim di negeri ini pada Ramadan ini.

Bertempat di Rumah Kanak -Kanak Arau di sini, seramai 170 penghuninya disantuni dalam majlis Iftar Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 14 April.

Bukan sekadar berbuka puasa, turut diadakan ialah Ceramah Ihya Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Hashim Othman bertajuk ‘Nikmat Berpuasa’.

Hadir ke program ini ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Encik Hazam Ismail dan Pengarah YADIM Perlis, Puan Hafsah Hussain serta wakil Sukarelawan YADIM serta Rakan Siswa YADIM Perlis.

Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM Perlis 2022.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *