Home » Citra Yadim » Kuliah Dhuha dan penyampaian sumbangan warga SK Demit

Kuliah Dhuha dan penyampaian sumbangan warga SK Demit

KOTA BHARU – YADIM Kelantan meneruskan program menyantuni rakyat menerusi pelbagai pendekatan pada Ramadan ini.

Selain mengadakan pengisian ilmu kepada hadirin menerusi Kuliah Dhuha Ramadan di Masjid Al Husna, Baung Ayam di sini, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada 60 keluarga pelajar B40 Sekolah Kebangsaan (SK) Demit.

Dalam program ini, ibu bapa menerima barangan keperluan harian manakala para pelajar pula disantuni menerusi pemberian beg dan peralatan sekolah selain sumbangan tunai.

Penyampaian kepada pelajar dalam program dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Demit ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.

Ustaz Ahmad Fathan juga telah menyampaikan kuliah Dhuha dalam program ini.

Hadir sama ke program ini ialah Yang Dipertua PIBG SK Demit, Dr Nazmi Ghazali Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *