Ceramah Nuzul Al-Quran Sempena Majlis Khatam Al-Quran Kolej Vokasional Kuantan

KUANTAN – Kolej Vokasional Kuantan telah melaksanakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan para pelajar dengan bimbingan 5 orang guru. Satu majlis khatam Al-Quran diadakan pada 27 April bertempat di Dewan Inovasi Kolej Vokasional Kuantan bagi meraikan para pelajar dan guru bimbingan tadarus tersebut. Bersempena majlis khatam ini, diadakan juga slot ceramah Nuzul […]

Sumbangan bakul makanan pelajar Muslim SMJK (C) Chan Hwa

SEREMBAN – Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Perayaan ini sewajarnya disambut dengan ceria oleh semua. Untuk itu, YADIM Negeri Sembilan secara pro aktif telah berusaha menyantuni golongan yang memerlukan bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri dengan gembira. Untuk itu, seramai 20 bakul makanan telah disampaikan kepada pelajar pelajar Muslim di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) […]

Solat Sunat Aidilfitri Dibenar Dengan Kapasiti Penuh – Khairy

Putrajaya – Solat sunat Aidilfitri tahun ini dibenarkan dengan kapasiti 100 peratus namun semua jemaah perlu memakai pelitup muka ketika bersolat dan sepanjang berada di masjid atau surau, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Mengumumkan protokol sambutan Hari Raya 2022 hari ini dalam sidang media di sini, Khairy berkata turut dibenarkan ialah takbir hari raya di […]

YADIM Negeri Sembilan bantu usaha promosi produk usahawan IKS

SEREMBAN – Usaha dakwah menerusi bidang perniagaan dan ekonomi adalah salah satu cabang yang perlu dipergiatkan ketika ini. Menyedari hakikat tersebut, menerusi Bazar Aidilfitri dan Kraf anjuran Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan cawangan Seremban pada 25 hingga 27 April, YADIM Negeri Sembilan telah mengambil bahagian serta membantu mempromosi usahawan Industri Kecil dan Sederhana […]

Singgah Sahur bersama warga kerja dan banduan Penjara Penor

KUANTAN – YADIM Pahang dijemput menyertai program singgah sahur bersama sebahagian banduan penjara Penor di sini yang terlibat dengan program tahfiz Baitul Hikmah dan kelas tafaqquh fiddin pada 26 April lalu. Program Singgah Sahur Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama Penghuni Tahfiz Jabatan Penjara Malaysia 2022 yang julung kali diadakan ini, turut melibatkan penjara-penjara terpilih dari […]

Edaran Bubur Lambuk di Pasar Besar Tanah Merah

PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali ketujuh dengan yang terbaharu diadakan di hadapan Pasar Besar Tanah Merah pada 27 April. Sebanyak 300 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Tanah Merah. Turut diedarkan kepada orang ramai pelekat ‘Jom Ke Masjid’ sebagai kempen […]

Mangsa kebakaran di Felda Chiku 2 disantuni YADIM Kelantan

GUA MUSANG – Diuji dengan musibah kebakaran ketika Ramadan sememangnya menduga kesabaran. Bukan sahaja bulan mulia ini akan dilalui dengan penuh hiba, malah sambutan Syawal tahun ini juga pastinya muram. Namun demikianlah yang perlu dihadapi oleh keluarga Setiausaha Sukarelawan YADIM (SAY) Gua Musang, Ustaz Mahadi Mustapa di sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran […]