Home » Citra Yadim » Mangsa kebakaran di Felda Chiku 2 disantuni YADIM Kelantan

Mangsa kebakaran di Felda Chiku 2 disantuni YADIM Kelantan

GUA MUSANG – Diuji dengan musibah kebakaran ketika Ramadan sememangnya menduga kesabaran. Bukan sahaja bulan mulia ini akan dilalui dengan penuh hiba, malah sambutan Syawal tahun ini juga pastinya muram.

Namun demikianlah yang perlu dihadapi oleh keluarga Setiausaha Sukarelawan YADIM (SAY) Gua Musang, Ustaz Mahadi Mustapa di sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran pada 15 April lalu.

Cakna dengan keadaan ini, YADIM Kelantan turun padang menghulurkan sedikit sumbangan untuk keluarga beliau yang terlibat dengan kejadian tersebut pada 27 April.

Keluarga mangsa menerima bekalan makanan dan sedikit wang tunai. Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang. Turut turun padang ialah Ketua SAY Gua Musang En Mohd Khairuddin Ismail.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *