Jangan promosi produk depan Kaabah ketika ibadah haji

PUTRAJAYA – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan atau mempromosikan produk ketika berada di hadapan Kaabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata jemaah haji perlu memberi tumpuan kepada ibadah berkenaan ketika berada di Makkah dan bukan melakukan aktiviti lain yang tidak sepatutnya. Beliau berkata, tempat […]

Jakim sedia mohon tambah atase halal di luar negara

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia memohon pertambahan atase halal di luar negara bagi pemantauan rumah penyembelihan secara lebih berkesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu memang dalam pertimbangan jangka panjang dan akan diperinci dalam masa terdekat. “Insya-Allah, kita memang sudah ada perancangan itu,” katanya dalam sidang akhbar […]

YADIM, KEMENAG RI fokus dakwah generasi muda

PUTRAJAYA – Pembangunan kandungan dakwah digital dan program dakwah untuk generasi muda ialah antara fokus cadangan kerjasama antara YADIM dan Kementerian Agama Jakarta Republik Indonesia (KEMENAG RI). Menerusi perbincangan berkenaan kedua pihak bersetuju, fokus program perlu diberikan kepada generasi muda menggunakan kaedah dan jalan yang dekat dengan golongan berkenaan. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan […]

MAIM bersama komuniti India Klang

KLANG – Pertubuhan Kebudayaan, Pendidikan dan Kebajikan Sarjana Pelangi Malaysia telah menjemput YADIM bagi merasmikan majlis penutup program sosial pertubuhan berkenaan. Majlis berkenaan berbentuk pengisian program kebajikan, sosial dan pendidikan bagi kaum India di Dewan Serbaguna Klang. YADIM menerusi wakilnya, Pengarah Kanan Di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim menyatakan kesediaan pihaknya […]