Home » Citra Yadim » MAIM bersama komuniti India Klang

MAIM bersama komuniti India Klang

KLANG – Pertubuhan Kebudayaan, Pendidikan dan Kebajikan Sarjana Pelangi Malaysia telah menjemput YADIM bagi merasmikan majlis penutup program sosial pertubuhan berkenaan.

Majlis berkenaan berbentuk pengisian program kebajikan, sosial dan pendidikan bagi kaum India di Dewan Serbaguna Klang.

YADIM menerusi wakilnya, Pengarah Kanan Di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi merapatkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata, Islam mengajar umatnya untuk saling kenal mengenali di antara satu dengan lain dan juga menyeru kepada titik persamaan iaitu dalam konteks kemanusiaan dan persahabatan.

Justeru katanya lagi, YADIM berharap agar dapat diteruskan hubungan akrab dan mesra ini dalam siri program dan kerjasama pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *