Belanjawan 2024: Tingkatkan syiar Islam, RM1.9 bilion diperuntuk

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1.9 bilion diperuntukan pada tahun hadapan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini bagi memastikan pendidikan ilmu Islam terus berkembang agar dihayati dan dimaknai oleh seluruh umat Islam di Malaysia “Tahun hadapan dua buah institusi pendidikan islam akan dibina dengan kos RM220 juta […]

Syor bukan Islam laksana wakaf atasi kekurangan tanah kubur

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan masyarakat Cina dan India untuk melaksanakan konsep wakaf sebagai salah satu langkah mengatasi masalah kekurangan tapak tanah kubur yang dihadapi. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun(Sikamat-PH) berkata, masyarakat Islam tidak berdepan masalah berkaitan tapak tanah kubur kerana ada yang mewakafkan tanah mereka untuk tujuan itu. “Sebab itulah orang Melayu […]

Warga Palestin amat hargai bantuan & sokongan berterusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Kedutaan Palestin di Malaysia berterima kasih kepada kerajaan negara ini atas sokongan teguh tidak berbelah bagi terhadap rakyat wilayah itu susulan konflik terkini di Semenanjung Gaza. Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata sokongan berterusan Malaysia buat rakyat Palestin bukan sesuatu yang baharu sekalipun dunia bersikap menutup mata terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk wilayah itu […]

Deklarasi Ipoh pertahankan aliran Ahli Sunah Wal Jamaah

IPOH: Sepanjang tiga hari penganjuran Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tahun 2023 di sini sejak Selasa lalu, membawa kepada Deklarasi Ipoh yang mempertahankan aliran atau manhaj Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ). Deklarasi itu yang dibacakan oleh Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengandungi tujuh perkara dengan yang pertama ialah ASWJ merujuk kepada umat Islam […]

JAKIM usaha tarik lebih ramai usahawan Bumiputera miliki sijil halal

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan beberapa langkah untuk menarik lebih ramai usahawan Bumiputera memohon pensijilan halal daripada badan itu. Ia susulan pendedahan JAKIM sebelum ini bahawa 72 peratus daripada keseluruhan 229,204 produk yang mempunyai sijil halal di negara ini dimiliki syarikat bukan Islam dari 2021 hingga 10 April lalu. Menteri di Jabatan […]