Home » Langit Terbuka » Belanjawan 2024: Tingkatkan syiar Islam, RM1.9 bilion diperuntuk

Belanjawan 2024: Tingkatkan syiar Islam, RM1.9 bilion diperuntuk

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1.9 bilion diperuntukan pada tahun hadapan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini bagi memastikan pendidikan ilmu Islam terus berkembang agar dihayati dan dimaknai oleh seluruh umat Islam di Malaysia

“Tahun hadapan dua buah institusi pendidikan islam akan dibina dengan kos RM220 juta iaitu Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Negeri Sembilan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Anwar, sebanyak RM150 juta turut disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan islam.

Antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.

“Insya-Allah, penganjuran majlis ilmu oleh tokoh dan ilmuan Islam di seluruh negara khususnya di Kompleks Seri Perdana akan diteruskan dan diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan ilmu agama kepada umat Islam,” katanya. – RTM

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *