Team Dapur MADANI sedia makanan bermasak untuk mangsa bah

KUALA NERUS: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menubuhkan Team Dapur MADANI menyediakan makanan bermasak kepada mangsa banjir di negeri ini. Pengarahnya, Nasrul Hadi Saiadin, berkata makanan berkenaan disediakan secara bergotong-royong untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dan turut diagihkan kepada penghuni rumah yang turut terjejas dengan bencana berkenaan. “YADIM menyediakan 300 bungkus […]

‘Tuduh orang kafir, kekufuran kembali kepada pihak menuduh’ – Mufti

GEORGETOWN: Mana-mana individu tidak berhak menentukan status akidah seseorang termasuk sama ada mereka kafir atau sebaliknya, tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Ini kerana, katanya hal berkenaan hanya boleh diputuskan pemerintah atau Mahkamah Syariah. Beliau berkata, masyarakat perlu diberi kefahaman bahawa perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam dilarang dengan sesiapa menuduh […]

Sultan Selangor lancar E-Khutbah

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan laman web Khutbah Selangor (e-Khutbah Selangor) yang mengandungi semua teks khutbah diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi yang terdiri daripada koleksi khutbah dibacakan pada setiap solat Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha serta solat […]

ISWAMI puji kepimpinan Anwar, kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia

JAKARTA – Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) memuji hubungan kukuh antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Indonesia semasa kepimpinannya selama setahun. Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan dalam artikel bertajuk ‘Setahun PM Anwar Sahabat Erat Indonesia’ yang diterbitkan Antara turut menekankan kepentingan kebebasan media seperti dinyatakan Anwar di Ipoh, Perak pada […]