Home » Citra Yadim » Ulama dan pendakwah Malaysia-Indonesia capai kata sepakat

Ulama dan pendakwah Malaysia-Indonesia capai kata sepakat

Para delegasi dan peserta muzakarah bergambar kenangan bersama Timbalan Perdana Menteri

Muzakarah Ulama dan Pendakwah Malaysia- Indonesia 2015 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  dan Kedutaan Besar Malaysia di Republik Indonesia yang berlangsung pada 9 April 2015M bersamaan dengan 19 Jamadilakhir 1436H di Hotel Grand Hyatt Jakarta dan disertai seramai 50 orang wakil ilama, pendakwah, ormas dan agensi Islam kedua-dua buah negara setelah , membahaskan tema “Kesepakatan Ummah Malaysia-Indonesia Di dalam Menangani Gejala Ekstrimisme” telah sepakat meluluskan resolusi dan rekomendasi berikut:

1. Pentingnya usaha membina kesepakatan dan pemuafakatan di kalangan para ulama, pendakwah dan organisasi Islam kedua-dua buah negara untuk menangani secara berkesan gejala ekstrimisme termasuk dengan memberikan takrifan dan skop yang jelas tentang makna dan bentuk ekstrimisme yang perlu dikekang. Atas semangat yang sama, perlu ada usaha ke arah memeperkukuhkan faham Ahlus Sunnah wal Jamaah yang murni, luas dan saksama sebagai asas penghayatan Islam Rahmatan lil ‘Alamin terutamanya oleh ummah rantau Nusantara serta dalam konteks ASEAN.

2. Muzakarah telah mengenalpasti faktor-faktor utama gejala ekstremisme termasuk kekurang fahaman tentang Islam, ketidakadilan yang timbul di tengah masyarakat, kelemahan perlaksanaan pendidikan dan dakwah Islamiyah serta sebagai tindak balas terhadap tekanan aliran yang ekstrem menolak agama.

3. Langkah-langkah yang terfokus dan sistematik harus dirangka untuk menangani faktor-faktor utama munculnya gejala ekstrimisme termasuk memasukkan kandungan mengenai fahaman yang benar tentang eksterimisme dalam silibus pendidikan Islam yang rasmi, isi materi dakwah yang digerakkan oleh para pendakwah dan ormas Islam di samping mewujud dan menggunakan peruntukan undang-undang yang sesuai untuk mengekang jelmaan paling ekstrem kepada gejala ini.

4. Dalam mengawal gejala ekstrimisme, pendekatan yang diambil oleh semua pihak terutama pihak berkuasa harus terpandu oleh takrifan dan fahaman yang tepat tentang bentuk dan pelaku ekterimisme serta mengelakkan dari tindakan yang terburu-buru dan melampau. Penggunaan kuasa dan undang-undang dalam konteks ini perlu penuh berhati-hati sehingga tidak disasarkan kepada mereka yang tidak sepatutnya.

5. Muzakarah juga menegaskan pentingnya menolak kecenderungan sesetengah pihak untuk memakaikan imej ektremisme dan terrorisme secara khusus kepada Islam dan umat Islam. Gejala Islamofobia ini jika dibiarkan juga mungkin menyumbang kepada iklim permusuhan di antara Islam dan bukan Islam.

6. Muzakarah menegaskan perlunya usaha rekonstruksi tamadun Islam di rantau ASEAN berdasarkan Manhaj Al- Wasatiyyah secara terancang, sistematik dan trans-nasional.

 7. Muzakarah memutuskan pembentukan sebuah sekretariat khas untuk merangka langkah-langkah susulan kepada resolusi-resulusi yang telah diputuskan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *