Home » Langit Terbuka » AS anggarkan lebih 900 anggota kumpulan militan terbunuh

AS anggarkan lebih 900 anggota kumpulan militan terbunuh

ARBIL, Iraq 28 Okt. – Amerika Syarikat (AS) menganggarkan, lebih 900 anggota kumpulan militan Daesh terbunuh minggu ini dalam operasi ketenteraan besar-besaran untuk menawan semula bandar Mosul, kubu terakhir militan Daesh di Iraq yang dikuasai kumpulan itu dua tahun lalu.

Operasi bermula 17 Oktober itu diketuai kira-kira 30,000 tentera Iraq yang dibantu pejuang Kurdis dan sukarelawan puak, 7,500 tentera AS serta 2,000 tentera Turki.

“Terdapat antara 3,500 dan 5,000 anggota pengganas Daesh di Mosul dan sehingga 2,000 lagi di beberapa kawasan lain di negara itu.

“Kami menganggarkan operasi sepanjang minggu lepas telah mengorbankan antara 800 hingga 900 orang anggota kumpulan militan Daesh yang berada di Mosul,” jelas Ketua Pemerintah Pusat AS, Jeneral Joseph Votel.

Mosul merupakan kubu kuat terakhir yang dikuasai Daesh di Iraq dan sekiranya tewas, kea­daan itu bermaksud kumpulan militan tersebut kalah di negara ini. – AFP

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *