Menunggu maut tiba, tiada pilihan lain selepas pintu sempadan Bangladesh ditutup
RAKHINE 20 Nov. – Etnik Rohingya di Maungdaw di negeri ini hanya menunggu ajal jika tiada usaha dilakukan oleh masyarakat antarabangsa bagi menghentikan keganasan oleh tentera Myanmar di daerah itu.
Aktivis Rohingya, Nay San Lwin mendakwa, selepas Bangladesh menghalang kemasukan etnik itu ke negara berkenaan, etnik Rohingya di Maungdaw tidak mempunyai pilihan lain jika mereka terus kekal di daerah tersebut.
“Lambat laun mereka akan mati kerana sejak 9 Oktober lalu, sebanyak 400 orang awam dibunuh manakala banyak lagi penduduk yang cedera mengakibatkan kira-kira 40,000 etnik Rohingya kini menjadi pelarian.
“Dalam tempoh sama, sebanyak 150 orang wanita termasuk kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dirogol tentera dan polis sempadan yang setakat ini telah membakar sebanyak 2,000 buah rumah daripada 13 buah kampung,” katanya.
San Lwin berkata demikian ketika ditemu bual portal berita Al-Jazeera dari Frankfurt sebagaimana lapor Rohingya Blogger.
– https://www.utusan.com.my
Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke TABIKA KEMAS
KUALA NERUS: Kurikulum Pendidikan Islam di TABIKA bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40
KOMEN