Home » Citra Yadim » Muzakarah NGO Islam Zon Utara

Muzakarah NGO Islam Zon Utara

SUNGAI PETANI 18 Mei – Majlis Dakwah Negara (MDN) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan satu majlis Muzakarah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang telah berlangsung di Swiss Inn, di sini,  pada 14 Mei lalu dengan dihadiri lebih 180 peserta.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, sebanyak 21 NGO Islam telah turut hadir dalam program itu termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim),  Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Pusba).

Turut serta dalam program itu adalah Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Kedah, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma),  Aman Palestin, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Kedah Convert Muslim Association (Kecma), Persatuan Persaudaraan Muslimah, Malaysia (Salimah), Muslimah Kuala Muda, Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS), Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas), Persatuan Ulama Kedah, Teras Keupayaan Melayu, Sayang SP, Liga MUSLIM dan Raqilla Insani.

“Program ini diadakan bagi memberi kesedaran  dan kefahaman yang menyeluruh berkaitan isu-isu akidah masa kini khususnya berkenaan isu-isu kontemporari seperti Islamic States (IS), syiah dan pengertian jihad kepada masyarakat umat Islam,’’ katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, program berkenaan juga bertujuan menyatupadukan wadah pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta membentuk persefahaman tanpa mengira ideologi dan fahaman politik.

Menurutnya, dengan adanya kesatuan itu, sekaligus dapat mengukuhkan akidah umat Islam dan berusaha memelihara kesucian agama Islam dari anasir-anasir luar.

Perasmian penutup disempurakan Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (Zon Utara), Profesor Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain.

Yang turut hadir adalah Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzzaman yang menyampaikan ucapan aluan bagi mewakili Yang Dipertua YADIM.

Sebelum itu telah diadakan slot ceramah pertama disampaikan yang oleh Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis Universiti Utara Malaysia, Dr. Aminurrasyid Yatiban bertajuk `Salah Faham IS dan Konsep Jihad Ke Atas Akidah Islam’.

Ini diikuti dengan sesi forum muzakarah NGO Islam menampilkan dua ahli panel iaitu Timbalan Yang DIpertua Persatuan Ulama Kedah, Abdullah Din dan Ketua Unit Kajian Syariah ISM Pusat, Mohammad Ismail, sementara Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Zuhri Husain bertindak sebagai moderator

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *