Home » Langit Terbuka » Austria pula haramkan burka

Austria pula haramkan burka

VIENNA 6 Okt. – Satu undang-undang yang melarang pemakaian menutup keseluruhan muka termasuk burka dan niqab dikuatkuasakan di Austria.

Pengharaman tersebut juga berkuatkuasa terhadap topeng ski, penutup mulut diluar kawasan hospital dan topeng untuk parti dan sebarang acara.

Menurut laporan Asian Age, undang-undang tersebut popular dengan gelaran ‘pengharaman burka’ kerana dianggap ditujukan kepada wanita Muslim yang ultra-konservatif.

Mereka yang melanggar undang-undang berkenaan boleh didenda sehingga AS$180 (RM761.22).

Pihak berkuasa juga dibenarkan bertindak menggunakan kekerasan jika terdapat individu yang berdegil dan tidak mahu menunjukkan muka.

Ketika ini, hanya terdapat sebilangan kecil wanita beragama Islam yang menutup keseluruhan muka di Austria. – www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *