Home » Langit Terbuka » Daesh bunuh 45 orang sejak ‘pembebasan’ Hawija

Daesh bunuh 45 orang sejak ‘pembebasan’ Hawija

KIRKUK, Iraq 26 Dis. – Seramai 45 orang dibunuh oleh kumpulan pengganas Daesh di bandar Hawija sejak tiga bulan kerajaan mengumumkan ia bebas daripada kumpulan tersebut.

Menurut pegawai kanan polis di wilayah Kirkuk yang enggan dikenali berkata, antara mereka yang terkorban ialah anggota pasukan keselamatan dan penduduk tempatan.

“Dalam tempoh yang sama, militia prokerajaan Hashed al-Shaabi, polis dan unit separa tentera telah membunuh 288 ahli kumpulan itu serta menahan 55 yang lain,” kata pegawai terbabit.

Sementara itu, pakar ketenteraan Iraq, Sarmad al-Bayati berkata kewujudan Daesh menimbulkan ancaman sebenar terhadap wilayah berkenaan. – AFP, UTUSAN

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *