Home » Langit Terbuka » Pahang catat peningkatan kutipan zakat harta tahun lalu

Pahang catat peningkatan kutipan zakat harta tahun lalu

Halidan (dua, kanan) bersama sebahagian jawatankuasa BizZakat Kuantan yang ditubuhkan hari ini.

KUANTAN 9 Feb. – Pahang mencatatkan peningkatan kutipan zakat harta iaitu RM11.3 juta untuk jumlah keseluruhan, RM126.6 juta pada tahun lalu berbanding RM115.3 juta tahun sebelumnya.

Peningkatan itu juga berdasarkan kepada peningkatan jumlah pembayar iaitu 83,169 orang (2017) berbanding 80,184 orang untuk tahun 2016.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Halidan Md Daud berkata, pihaknya menjangkakan kutipan sebanyak RM130 juta membabitkan 85,000 pembayar bagi tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah pembayar tersebut seramai 57,331 orang menunaikan zakat harta mereka menerusi potongan gaji.

“Dengan peningkatan jumlah kutipan pada setiap tahun, PKZ Pahang akan memperbanyakkan program untuk memastikan masyarakat Islam yang dikategorikan layak menunaikan zakat harta.

“Kita akui masih ada yang gagal menunaikan Rukun Islam itu walaupun mereka layak tetapi kita akan berusaha untuk mereka berbuat demikian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Minum Pagi BizZakat dan penubuhan Jawatankuasa BizZakat daerah Kuantan di ibu pejabat PKZ Pahang. SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *