Home » Langit Terbuka » Tamimi, yang menampar tentera Israel, dibicarakan

Tamimi, yang menampar tentera Israel, dibicarakan

Tamimi pernah gigit tangan tentera Israel ketika berusia 11 tahun . - Foto AP

TEBING BARAT14 Feb. – Perbicaraan remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi, yang ditahan selepas menyepak dan menampar tentera Israel, dibuat secara tertutup oleh mahkamah tentera Israel pada Selasa.

Tamimi menghadapi 12 dakwaan termasuk menyerang anggota tentera dan mendatangkan kekerasan.

Bagaimanapun, keluarga Tamimi mahukan perbicaraan dijalankan secara terbuka.

Individu dewasa yang didapati bersalah menyerang anggota tentera boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Namun, ia tidak akan berlaku ke atas pesalah juvana.

Ahed Tamimi, 17 tahun, ditahan selepas rakaman video beliau menampar tentera Israel di luar rumahnya  pada 15 Disember lalu menjadi viral.

Remaja terbabit dianggap sebagai wira oleh rakyat Palestin kerana berani bertindak ke atas rejim anggota zionis itu.

Bagi mereka, Tamimi adalah ikon nasional dan diangggap sebagai simbol penentangan ke atas pendudukan Israel.

Dua tahun lalu, video dia menggigit tangan tentera turut viral, yang membuatnya dipuji oleh pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sementara itu, penggiat hak asasi dunia menyatakan sistem perundangan Israel tidak mempunyai peruntukan untuk melindungi pesalah di bawah umur selain tiada jaminan proses perbicaraan yang adil. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *