Home » Langit Terbuka » Luaskan usaha tangani hadis palsu

Luaskan usaha tangani hadis palsu

AHMAD ZAHID HAMIDI ketika melancarkan Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith di Putrajaya hari ini. Yang turut hadir Jamil Khir Baharom. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 15 Feb. – Jabatan Kemajuan Islam serta Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri digesa memperluaskan usaha menangani masalah penularan hadis-hadis palsu melangkaui bahan-bahan bercetak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua agensi tersebut perlu memantau ‘penceramah-penceramah segera’ yang menggunakan hadis-hadis palsu daripada terus memesongkan pengikut-pengikutnya.

Katanya, mudah bagi pemantauan dilakukan terhadap bahan bercetak kerana tertakluk kepada piawaian seperti Nombor Buku Piawai Antarabangsa (ISBN) sebaliknya sukar bagi mengawal penceramah-penceramah seumpama itu.

“Penceramah fizikal boleh ditegur atau ditarik tauliahnya tetapi bagaimana kalau ada ceramah-ceramah itu disebarkan di YouTube menyebabkan yang pengikut-pengikut menjadi taksub? Bagaimana pula dengan penulisan dalam teknologi baru?” soalnya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith serta Wacana Kawal Selia Hadith Siri II di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mencadangkan agar Jakim serta Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran bersama Lajnah Tahqiq Sahih memulakan garis panduan menggunakan teknologi baru melalui tanda pagar #hadissahih. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *