Home » Langit Terbuka » Aladdin, Man United teroka produk halal

Aladdin, Man United teroka produk halal

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bercakap pada program Meet Manchester United Lagends ke Aladdin Group di Menara MBMR, Kuala Lumpur. foto Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Aladdin Group sebuah pengendali platform e-pasaran halal Toyyibban yakin kerjasama dengan Manchester United merupakan komitmen syarikat dalam mempromosikan produknya di peringkat global.

“Ia satu peluang untuk kita tawarkan produk berkualiti kepada peminat tegar Manchester United, peniaga, pengeluar di Malaysia dan di seluruh dunia.

“Tiga legenda tribel 1999 Manchester United – David May, Denis Irwin dan Dwight Yorke adalah rakan kongsi Aladdin Group, sekaligus akan meletakkan produk kita di peringkat global dan mendapat kepercayaan pengguna di peringkat dunia,” katanya dalam sesi Meet The Legends” di ibu pejabat Aladdin Group di sini.

Jelas beliau, untuk meraikan perkongsian dengan Manchester United, pelawat boleh ke Aladdin Street.com dan berpeluang memenangi tiket ke Old Trafford untuk menonton perlawanan Manchester United.

Pengguna hanya perlu melayari laman web AladdinStreet dan mendaftar sahaja. Tiada pembelian diperlukan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *