Home » Langit Terbuka » Denda, penjara pasangan intip telefon

Denda, penjara pasangan intip telefon

Tindakan 'mengintip' telefon pasangan boleh menyebabkan pesalah didenda dan penjara setahun.

RIYADH: Pasangan berkahwin di Arab Saudi yang bercadang untuk ‘mengintip’ telefon pasangan perlu berfikir dua kali kerana kerajaan mengisytiharkan perbuatan itu satu jenayah.

Kementerian Penerangan Arab Saudi dalam satu kenyataan mengesahkan, tindakan ‘mengintip’ telefon pasangan boleh menyebabkan pesalah didenda dan penjara setahun.

Sabit kesalahan individu yang melakukan tindakan itu boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun.

Peraturan itu adalah sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa minggu lalu.

Kementerian berkata, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka.

Langkah itu dibuat ketika berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah. – AFP

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *