Home » Langit Terbuka » Polis siasat pelajar sekolah menengah minum air ketum di Kelantan

Polis siasat pelajar sekolah menengah minum air ketum di Kelantan

Video dan gambar tiga pelajar perempuan dipercayai meminum air ketum mulai tersebar pagi Isnin dalam aplikasi mesej ringkas Whatsapp dan media sosial Facebook.

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan polis sudah memulakan siasatan berikutan dakwaan penyebaran video yang memaparkan gelagat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di negeri ini.

Video dan gambar tiga pelajar perempuan dipercayai meminum air ketum mulai tersebar pagi Isnin dalam aplikasi mesej ringkas Whatsapp dan media sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong, berkata pihaknya akan melakukan pemantauan termasuk menerusi Pegawai Perhubungan Polis (PPS) di sekolah di negeri ini.

Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan turut memaklumkan pihaknya telah mengarahkan siasatan berkaitan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku semalam sekitar jam 2 petang.

Katanya hasil siasatan awal mendapati pelajar terlibat terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di negeri ini.

Lokasi kejadian adalah di luar kawasan dan waktu persekolahan.

Mereka juga dipercayai berkongsi wang membeli air ketum itu dengan harga RM10 dengan tujuan ingin mencuba.

Pihaknya juga  sedang mengenal pasti penjual air ketum ini untuk tindakan lanjut.

Hasil semakan rekod disiplin dengan pihak sekolah mendapati kesemua pelajar perempuan terbabit tidak mempunyai rekod kesalah disiplin.

Jika didapati bersalah kes berkenaan boleh di dakwa mengikut  Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 di mana boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali. -Astro Awani

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *