Home » Langit Terbuka » Gesa pihak berkuasa lakukan siasatan penuh pembunuhan Imam Palestin – Serantau Muslim

Gesa pihak berkuasa lakukan siasatan penuh pembunuhan Imam Palestin – Serantau Muslim

Penduduk Gaza meratapi pemergian Dr. Fadi Mohammed Al Batsh. Kelihatan poster terpampang di sebuah kediaman di Gaza. Foto : REUTERS

KUALA LUMPUR 22 April – Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti identiti suspek yang membunuh pensyarah warga Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh.

Pengurus Besar Serantau Muslim, Mohd. Hakim Mohd. Nor berkata, hukuman setimpal harus dikenakan terhadap pelaku jenayah tersebut di mana pihaknya bimbang akan keselamatan Malaysia yang dilihat semakin menjadi-jadi dengan kes tembakan.

Katanya, beliau difahamkan, dua suspek yang didakwa ejen Mossad itu telah melepaskan tembakan jarak dekat terhadap mangsa yang mana mangsa juga merupakan seorang yang aktif dalam gerakan Hamas.

“Jika dakwaan Mossad adalah dalang di sebalik insiden ini, kita merasakan ada yang tidak kena dengan keselamatan di Malaysia yang mana negara ini sememangnya melarang kemasukan rakyat Israel atas sebab Malaysia tidak mengiktiraf penubuhan negara itu yang berada di atas tanah Palestin.

“Kita kecewa jika andaian dan dakwaan Mossad mempunyai kaitan dalam pembunuhan Imam Palestin ini kerana Islam sama sekali tidak menyukai pembunuhan secara sengaja,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, seorang pensyarah warga Palestin dibunuh dalam kejadian serangan di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, di sini, dan ditembak 10 kali dengan empat das daripadanya disasar ke badan oleh seorang daripada dua lelaki Eropah yang menaiki motosikal BMW GS 1100 CC.

Mohd. Azmi berkata, atas insiden tersebut, semua umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia perlu bermuafakat dan bersatu padu dalam apa jua kemungkinan yang datang dari musuh-musuh Islam.

Serantau Muslim turut menyampaikan salam takziah atas pemergian Imam Palestin serta melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa supaya mereka tabah menerima ketentuan Ilahi itu. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *