Home » Langit Terbuka » Rejim Zionis tahan Gabenor Baitulmuqaddis

Rejim Zionis tahan Gabenor Baitulmuqaddis

Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pertubuhan Banduan Palestin melaporkan, Adnan (gambar) ditahan dirumahnya di Silwan. - Foto JNS.org

BAITULMUQADDIS – Polis Israel menahan Adnan Ghaith, Gabenor Baitulmuqaddis dalam serbuan di sini lewat malam semalam, menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tempatan.

Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pertubuhan Banduan Palestin melaporkan, pemimpin tersebut ditahan dirumahnya di Silwan.

Menurut agensi berita Maan, Adnan merupakan antara 21 penduduk Palestin yang ditahan rejim Zionis.

Kebanyakan yang ditahan merupakan anggota pergerakan Fatah di Baitulmuqaddis.

Tidak diketahui mengapa Gabenor Baitulmuqaddis itu ditahan dan polis Israel belum mengeluarkan kenyataan mengenainya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *