Home » Citra Yadim » Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Siri 2

Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Siri 2

PUTRAJAYA – Sesi perbincangan bagi membina kerangka Pelan Pembangunan Dakwah Negara diteruskan dengan siri kedua pada 26 Ogos lalu.

Ia telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan pimpinan tiga entiti di bawah YADIM iaitu Nadwah Ulama Islam Malaysia (NUIM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan Majlis Perunding Wanita Rahmah Malaysia (MAWAR).

Perbincangan kali ini dipengerusikan oleh Prof Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub yang merupakan Ahli Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah YADIM merangkap Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh pakar-pakar dari pelbagai bidang dan latar belakang.

Antaranya ialah ALPA YADIM iaitu YBhg. Datuk Wira Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Prof Madya Dato’ Dr Samsu Adabi Mamat, Puan Maznah Daud, serta panel penyelidik yang terlibat secara langsung dalam membina Pelan Pembangunan Dakwah Negara.

Pembinaan pelan ini penting sebagai panduan dalam gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani isu dan permasalahan masyarakat.

Sesi pertama telah diadakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan YADIM pada 25 Julai.

Para peserta yang hadir telah memberikan pelbagai idea dan cadangan yang berkaitan dengan keperluan untuk membina pelan ini.

Antara yang disentuh ialah kaedah untuk mengawal penggunaan media sosial yang telah menjadi medium yang amat berbahaya sekiranya disalahgunakan, keperluan memperkasakan tenaga-tenaga pengajar di masjid dan surau khususnya para ustazah dan meneliti kumpulan sasaran yang harus diutamakan dalam pelan ini.

Gagasan untuk membina pelan ini telah disambut baik oleh para peserta dan menyifatkan usaha ini sebagai usaha yang amat baik dan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh agar memberi impak kepada masyarakat secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *