Home » Langit Terbuka » TH umum peralihan kepada kontrak simpanan Wakalah

TH umum peralihan kepada kontrak simpanan Wakalah

Pendeposit tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu dengan pertukaran konsep penyimpanan Tabung haji ini, dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan seluruh negara. - Foto pesonapengantin.my

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah yang memberi lebih nilai tambah dan manfaat kepada pendeposit tanpa menjejaskan apa-apa kemudahan dan manfaat akaun sedia ada, berkuat kuasa 31 Disember 2019.

Dalam satu kenyataan, TH berkata, peralihan tersebut bagi menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini.

“Menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji dengan keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.

“TH sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan demi manfaat pendeposit,” menurut TH.

TH berkata, pendeposit tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu, dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara.

“Dengan mengekalkan deposit bersama TH selepas 31 Disember 2019 pendeposit dianggap telah memberi persetujuan terhadap peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah ini,” katanya.

Terma dan syarat akaun TH boleh dirujuk di www.tabunghaji.gov.my/wakalah. – Bernama

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *