Home » Langit Terbuka » Umat Islam digesa imarah masjid, surau

Umat Islam digesa imarah masjid, surau

Aktiviti mengimarahkan masjid amat digalakkan dengan mematuhi SOP mengenainya pada masa yang sama. - Foto Tirto.Id

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini digesa kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau selepas kerajaan membenarkan aktiviti keagamaan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti mengimarahkan masjid termasuk majlis ilmu yang lazim diadakan seperti kuliah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Dhuha, kelas fardu ain, kelas pengajian al-Quran dan sebagainya boleh diadakan bermula minggu ini.

“Ia boleh diadakan dengan SOP berdasarkan keluasan masjid, surau Jumaat atau surau,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau bertanggungjawab untuk memastikan semua SOP yang digariskan dapat dipatuhi sebaiknya.

“Pagar masjid dan surau juga disarankan untuk tidak dikunci bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat terutama bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing,” katanya.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja bagi setiap negeri.

“Bagi pelaksanaan tersebut, muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

“Saya ingin menyeru semua umat Islam untuk kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau,” kata beliau. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *