Home » Citra Yadim » OKU, Asnaf terima sumbangan YADIM Kelantan

OKU, Asnaf terima sumbangan YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Golongan Orang Kurang Upaya tidak pernah dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usaha menjaga kebajikan mereka.

Pada 28 November, YADIM Kelantan menyampaikan sumbangan kepada 30 OKU dari Persatuan Anak Istimewa Kelantan (PAIK) serta 30 lagi dari Persatuan Cakna Orang Kelainan Upaya Kelantan (PCKUK).

Program ini diadakan di Dewan Badminton Taman Desa Rahmat, Guchil.

Selesai acara di dewan, sumbangan diteruskan dengan menziarahi kediaman asnaf di kawasan Berek 12, Kampung Sungai Keladi dan Pintu Geng di sini.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Kelantan, Mahadi Awang dan Penolong Pengarahnya, Yusnita Muhamed Yusoff.

PAIK pula diwakili oleh pengerusinya, Norsham Husni manakala PCKUK oleh timbalan pengerusinya, Mahani Abdul Moin.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *