Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih di Kampung Seri Menanti

Ziarah Kasih di Kampung Seri Menanti

SOOK – Siri Ziarah Kasih menyantuni masyarakat yang memerlukan di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diteruskan lagi dengan lokasi terbaharu di Kampung Seri Menanti di sini pada 5 Mac.

Seramai 50 keluarga menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka yang terjejas dengan penularan Covid-19.

Hadir ke majlis penyerahan ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Yang Berhormat Datuk Ellron Alfred Angin serta Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Meskipun beliau bukan Muslim, sikap bertanggungjawab dalam menjalankan amanah kepada masyarakat yang ditunjukkan Datuk Ellron, khususnya dalam program ini wajar menerima pujian.

YADIM turut menyumbang pembersih vakum dan jam dinding untuk Masjid Al Amin serta Surau Kampung Bunang di sini serta ziarah kepada seorang asnaf.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *